Followers

Monday, May 26, 2008

untuk suami tersayang


Seluhur hati
Taurus


PERSONALITI

Penyabar dan jujur adalah dua sifat utama seorang Taurus. Taurus juga memerlukan kestabilan, perlindungan serta latar belakang kewangan yang mantap. Perlindungan emosi dan keperluan hidup amat perlu bagi Taurus yang baik hati dan berjiwa penyayang ini.
PEMIKIRAN

Taurus berfikiran sistematik, tersusun, berhatihati dan muktamad. Sekiranya Taurus membuat sesuatu keputusan, amat sukar bagi mereka untuk mengubahnya. Taurus tidak suka mencari jalan mudah dan tindakan mereka terbukti wajar. Pendengar yang baik Dengan daya penarik semula jadi, Taurus menjadi kesayangan orang di sekeliling. Suara Taurus yang lembut amat sesuai untuk memberi nasihat kepada orang. Taurus juga menjadi tempat mereka yang memerlukan kerana Taurus merupakan pendengar paling baik.
CINTA

Dalam soal cinta pula, Taurus amat mencintai pasangannya. Pun begitu Taurus terlalu mengongkong dan amat cemburu. Sikap ini boleh meretakkan hubungan cinta yang dibina.
KEWANGAN

Taurus tidak suka mengambil risiko. Mereka suka kepada kestabilan dari segi pendapatan dan keperluan hidup. Taurus mudah tertekan sekiranya berhadapan dengan masalah kewangan. Disebabkan itulah, kebanyakan Taurus terpaksa menerima kerja yang tidak disukai. Karier dalam bidang perbankan, insurans dan pelaburan saham amat sesuai untuk mereka. Kebanyakan ahli muzik profesional juga terdiri daripada warga Taurus.
KESIHATAN

Taurus memang ‘kuat’ makan dan berat badan mereka juga mudah naik. Diet yang seimbang dan sihat amat sesuai untuk Taurus. Mereka juga sangat menggemari aktiviti sukan.

Simbol: Lembu jantan
Planet: Venus
Permata: Zamrud
Warna: Pink, Biru pucat, Hijau dan Warna pastel.

No comments: